BN Mampu Bentuk Kerajaan Sendiri, Tak Perlu Bergabung Dengan PH – Sharkar

MENTAKAB: Dakwaan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa BN akan bersekongkol dengan PH bagi membentuk kerajaan sekiranya gagal menjadi kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), disifatkan sebagai sekadar tanggapan politik yang tidak berasas, kata Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, itu membidas kenyataan Muhyiddin dan berkata Barisan Nasional (BN) dijangka mampu membentuk kerajaan sendiri dengan memenangi 112 kerusi Parlimen tanpa perlu bergabung dengan parti lawan lain.

“Itu tanggapan sekadar tanggapan politik Muhyiddin.

“Sedangkan BN yakin kita boleh menawan 112 kerusi Parlimen. Sekali gus kita mampu lagi membentuk kerajaan sendiri,” katanya ketika ditemui media selepas majlis pelancaran Pelan Pembangunan Masyarakat India Parlimen Temerloh, malam tadi.

Terdahulu, Muhyiddin membuat dakwaan itu bersandarkan kenyataan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini parti itu sedia bekerjasama dengan parti lain jika gagal mendapat majoriti mudah untuk bentuk kerajaan.

Sementara itu, Sharkar yang juga calon Parlimen Temerloh yakin sokongan masyarakat India di kawasannya akan beralih kepada BN.

“Saya melihat bahawa pada PRU14 mereka dijanjikan dengan pelbagai janji tetapi selama 22 bulan parti PH gagal tunaikan satu pun janji mereka.

“Masyarakat India nampaknya mereka akan beralih kepada BN Kerana selama 61 tahun mereka membantu dan menyokong BN.

“…dan saya yakin dengan Perdana Menteri yang baru dan muda ini saya percaya kita akan cari jalan untuk selesaikan isu-isu berkaitan masyarakat India,” ikrarnya.

 

 

BBerkaitan

Latest articles