BN Mahu Selesaikan Isu Kesesakan, Rungutan Peniaga Di Jonker Walk

MELAKA: Calon Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Laksamana, Benjamin Low Ching Hong sudah mengenalpasti beberapa lokasi sesuai untuk dijadikan kawasan parkir bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di Jonker Walk.

Malah jika beliau menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kelak, Benjamin turut mahu memberi tumpuan kepada ekonomi peniaga di lokasi pelancongan supaya aktivitinya semakin rancak.

Permasalahan itu khususnya isu kekurangan tempat letak kereta akan cuba diselesaikan dalam tempoh setahun.

Jelasnya, beliau amat memahami masalah dihadapi pengunjung di kawasan tumpuan pelancong itu terutamanya setiap kali hujung minggu yang sesak dengan kenderaan dalam dan luar Melaka.

“Sebenarnya, saya sudah mengenalpasti dua hingga tiga lokasi sesuai untuk dibina kawasan parkir bertingkat yang mampu memuatkan sehingga 300 kenderaan pada satu-satu masa.

“Jika isu pengambilalihan tanah dan urusan dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dapat diselesaikan, saya yakin ruang parkir bersaiz lima tingkat ini dapat dibina dalam tempoh 90 hari menggunakan teknologi terkini,” katanya ketika ditemui media di Bilik Gerakan MCA Kota Laksamana di sini hari ini.

Malah menurut Benjamin, beliau akan merangka perlbagai usaha untuk meningkatkan ekonomi peniaga di Jonker Walk yang sekian lama terkesan akibat pandemik Covid-19 sejak hampir dua tahun lalu.

“Ini termasuk menyuntik unsur-unsur seni dan budaya di kawasan bersejarah sebagai nilai tambah merancakkan ekonomi peniaga di kawasan komersial di DUN ini termasuklah Jonker Walk.

“Malah saya juga akan bersedia menjadi orang tengah untuk berbincang dengan peniaga, PBT dan Jawatankuasa Jonker Walk bagi mencari titik penyelesaian masalah yang pernah dibangkitkan sebelum ini,” katanya.

Hasrat itu menjadi tumpuan Benjamin selepas Jonker Walk semakin kurang mendapat sambutan seperti tahun-tahun sebelumnya, selepas peniaga terus mengalami kerugian kira-kira RM2.5 juta sehari.

Kerugian itu didedahkan oleh kerajaan negeri dengan mengambil kira jumlah pengunjung di lokasi berkenaan merosot seramai 10,000 orang sehari selepas negara dilanda pandemik COVID-19.

Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 20 November ini menyaksikan pertembungan tiga penjuru di kerusi tradisi DAP sejak tiga dekad lalu yang yang mempunyai 28,777 pengundi.

Ia adalah penyandangnya, Low Chee Leong (PH-DAP) yang memperolehi majoriti 16,173 pada 2018 dan, Fong Khai Ling (PN-Gerakan).

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Advertisment

Terkini