BN Mahu Majukan Industri Pelancongan Di Taiping, Nekad Rampas Kerusi Dari DAP

TAIPING: Taiping mempunyai potensi yang besar untuk dimajukan, terutama dari segi industri pelancongan yang sekaligus dapat menjana ekonomi setempat dan menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarat tempatan.

Disebut-sebut sebagai calon Barisan Nasional (BN) si Taiping, Neow Choo Seong nekad membawa pembaharuan di Taiping setelah tiga penggal Parlimen itu dipimpin oleh DAP.

Ujarnya, nafas baru perlu diberikan di Taiping untuk dibangunkan dan dimajukan supaya dapat memberi kelebihan kepada penduduk setempat.

“Taiping merupakan sebuah bandar yang indah, mempunyai potensi khususnya dalam industri pelancongan.

“Dari segi pembangunan infrastruktur, iaitu dalam pemuliharaan dan pemeliharaan bandar warisan Taiping, ia belum mencapai tahap yang memuaskan.

“Bagi saya tempat bersejarah banyak di Taiping. Walaupun Taiping dikuasai oleh DAP selama tiga penggal iaitu selama 15 tahun namun kita tak nampak pembangunan yang mampan dan perancangan jitu untuk membangunkan sosio-ekonomi bandar Taiping ini,” katanya.

Sehubungan itu sebagai bekas pegawai tadbir dan diplomatik lebih 10 tahun di luar negara, Neow berharap dapat menyumbang bakti dan jasa di tanah kelahirannya sendiri, jika dicalonkan BN kelak.

Untuk rekod pada PRU14 yang lalu, DAP menang di semua tujuh kerusi Parlimen yang ditandingi iaitu Ipoh Timor, Ipoh Barat, Kampar, Batu Gajah, Teluk Intan, Beruas dan Taiping manakala 18 kerusi DUN dimenangi antaranya Sungkai, Aulong, Canning, Tebing Tinggi dan Pasir Pinji.

BBerkaitan

Latest articles