BN Lakukan Mesyuarat Agung Tahunan Secara Maya, Umum Zambri Kadir Sebagai Setiausaha Agung Baharu

Dewan Tertinggi Barisan Nasional yang bermesyuarat malam ini menyatakan parti itu telah secara sebulat suara melantik Yb Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir sebagai Setiausaha Agung manakala Dato’ Seri Azlan bin Man sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Barisan Nasional Negeri Perlis yang baharu.

Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Mesyuarat Agung Tahunan Barisan Nasional diadakan secara maya (online) yang turut dihadiri oleh kesemua empat parti komponen UMNO, MCA, MIC dan PBRS.

Katanya Sebagai memenuhi peraturan Akta Pertubuhan 1966, Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Tertinggi BN telah membentangkan Laporan Tahunan bagi tahun berakhir 31 Disember 2020.

Tambah Ahmad Zahid lagi Dewan Tertinggi BN juga memutuskan Untuk menambah kekuatan jentera parti daripada negeri-negeri bagi usaha membantu pendaftaran vaksin khususnya warga emas, OKU dan penduduk di kawasan pendalaman.

” Dewan tertinggi juga menyeru semua pihak agar mematuhi SOP bagi pengawalan penularan Covid-19 yang sangat membimbangkan pada ketika ini” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

BBerkaitan

Latest articles