BN Junjung Titah Agong, Hormati Kuasa Prerogatif Diraja

KUALA LUMPUR — Barisan Nasional (BN) hari ini menempelak pihak-pihak tertentu yang cuba mengambil kesempatan dalam isu ini untuk kepentingan politik.

Menurut BN, tindakan sebegini tidak bermoral kerana menggunakan kesengsaraan individu bagi membina momentum politik mereka.

Di dalam Satu kenyataan, Barisan Nasional (BN) berkata, parti itu menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkaitan kuasa prerogatif Baginda seperti termaktub dalam Perkara 42(1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan untuk memberi ampun, tunda hukum, dan lega hukum terhadap kesalahan yang dilakukan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, dan Putrajaya.

BN turut akur dengan titah Seri Paduka Baginda agar semua pihak menghormati kuasa prerogatif Baginda dalam menggunakan saluran perundangan yang ditetapkan bagi mengemukakan proses permohonan rayuan terhadap Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak.

Seperti tradisi BN, setiap pemimpin yang pernah berkhidmat kepada parti dan negara tetap dihormati atas jasa dan pengorbanan mereka. BN menegaskan pendiriannya agar proses keadilan dan perundangan terhadap Dato’ Sri Mohd Najib dijalankan dengan penuh integriti.

Sehubungan itu, BN memaklumkan bahawa tiada perhimpunan akan dianjurkan di Istana Kehakiman Putrajaya pada 6 Januari. Walau bagaimanapun, BN menghargai segala usaha solat hajat, doa serta munajat yang dilakukan oleh ahli dan penyokong parti untuk Dato’ Sri Mohd Najib kata kenyataan itu lagi.

Sehubungan itu, BN memaklumkan bahawa tiada perhimpunan akan dianjurkan di Istana Kehakiman Putrajaya pada 6 Januari. Walau bagaimanapun, BN menghargai segala usaha solat hajat, doa serta munajat yang dilakukan oleh ahli dan penyokong parti untuk Dato’ Sri Mohd Najib.

Dalam menghadapi keadaan ini, BN terus berdiri teguh di bawah kepimpinan Pengerusi BN, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dalam memastikan ketaatan kepada institusi Raja, kestabilan negara, perpaduan rakyat serta keteguhan parti tetap terpelihara kata kenyataan itu lagi.

BBerkaitan

Latest articles