BN Hormat Kerusi Tradisi Amanah Di Pulai, Simpang Jeram

KUALA LUMPUR: Atas dasar menghormati rakan gabungan, Barisan Nasional (BN) tidak akan meletakkan calonnya di Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 9 September nanti.

Perkara itu diumumkanPengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, memandangkan dua kerusi berkenaan adalah secara tradisinya milik Amanah.

“Kita akan menghormati kebersamaan kita di dalam Kerajaan Perpaduan kita tahu bahawa kerusi Parlimen Pulai adalah hak Amanah iaitu rakan politik kita dalam Madani.

“Kita harus menghormati, mereka (Amanah) yang bertanding secara tradisi,” katanya ketika sidang media.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada hari ini menetapkan hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram adalah pada 9 September.

Tarikh penamaan calon dan pengundian awal bagi kedua-dua kerusi berkenaan pula masing-masing pada 26 Ogos dan 5 September.

PRK bagi kedua-dua kerusi berkenaan diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lepas.

BBerkaitan

Latest articles