BN Bukan Musuh PAS kata AJK Pas Pusat

KUALA LUMPUR –Seorang lagi pemimpin kanan PAS menyatakan rasa tidak bersetujunya dengan langkah Muhyiddin Yassin meletakkan BN sebagai musuh utama Perikatan Nasional (PN).

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nasrudin Hassan, malah melihat tindakan meletakkan sesebuah parti yang sama-sama dalam kerajaan itu sebagai pihak yang berjiwa pembangkang.

Menzahirkan tegurannya itu hari ini Nasrudin berkata tidak menjadi masalah jika pembangkang yang mengkritik parti pemerintah kerana ia adalah ruang yang dibenarkan oleh demokrasi.

“Sementara parti kompenan pemerintah, jangan berminda pembangkang. Usah silap jari untuk menuding dan lajak lidah dengan mengisytiharkan sesama sendiri sebagai musuh katanya seperti yang dsiarkan Malaysiakini hari ini.

“Sebaliknya eratkan kerjasama untuk membangunkan negara serta membina keharmonian untuk berkhidmat kepada rakyat,” katanya.

Dia yang dilantik menjadi Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah (Yadim) selepas kejatuhan Pakatan Harapan (PH) menegaskan, atas sebab itulah PAS membawa agenda “perpaduan ummah” iaitu menyatukan parti Islam untuk mengukuhkan pemerintahan Melayu Islam.

Pada 24 Sept lalu Muhyiddin mengisytiharkan BN sebagai musuh utama buat PN dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Ia berbeza daripada pendirian PAS yang dinyatakan parti itu kira-kira lima hari sebelumnya apabila mereka meletakkan PH sebagai musuh bersama parti terbabit.

baca juga :- https://therakyatinsight.com/pas-tak-boleh-ada-ramai-musuh-kata-abdul-hadi/

Tambah Nasrudin lagi, PAS hanya mengisytiharkan sesuatu pihak itu sebagai musuh apabila mereka dilihat ekstrem serta menentang agenda pengukuhan pemerintahan Melayu Islam ini di Malaysia.

“Bertolak dari noktah itu, PAS mengisytiharkan musuhnya ialah PH bukan BN.

“Justeru BN adalah rakan kerjasama politik bahkan rakan kompenan parti yang memerintah negara semasa,” katanya.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,912FollowersFollow
21,400SubscribersSubscribe

Terkini