BN Bergerak Sendiri Untuk Menang PRU15

KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan gabungan itu akan bergerak solo dalam Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) kelak.

Tegasnya gabungan tidak memerlukan kerjasama dengan mana-mana parti atau gabungan politik lain untuk menjadikan mereka parti dominan bagi membentuk kerajaan yang kukuh selepas PRU-15.

“BN akan pergi solo dalam PRU-15, kita mesti dominan untuk bentuk kerajaan,” katanya dalam ucapan penutup Konvensyen Wanita BN di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini.

Ini kerana jelas Ahmad Zahid, terdapat enam parti politik yang ingin menyertai gabungan itu.

Jelasnya perkara itu akan diputuskan dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN malam esok.

“Enam buah parti sudah memohon untuk sertai BN, mereka yakin dengan BN. Gelombang biru telah meningkat semula,” katanya lagi.

BBerkaitan

Latest articles