BN Balas Keikhlasan PH Bekerjasama Dengan Sokong Calon Mereka

KUALA LUMPUR: Walaupun gabungan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dikritik dan ditohmah dengan pelbagai tuduhan oleh pembangkang, namun kedua-duanya tetap tenang berdepan dengan serangan politik.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga mengingatkan ahli-ahli dan penyokong BN untuk membalas keikhlasan PH dalam kerjasama yang dibentuk sejak PRU15 yang lalu, dengan menyokong calon-calon mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.

“Tidak ada istilah penat dan letih yang penting hari Sabtu ini 12 Ogos, Negeri Selangor akan terus diperintah oleh Kerajaan Perpaduan. Oleh itu, kita mahu Datuk Amirudin Shari akan terus menjadi menteri Besar Selangor.

“Kita tahu bahawa kita diserang, diterjah dengan pelbagai fitnah, seranah dan sebagainya. Tetapi saya yakin apabila merah dan biru bercantum dengan penuh keserasian, Insya-Allah. Saya telah memberitahu kita semua wajib tolong calon-calon Pakatan Harapan (PH) di Selangor ini dan negeri lain.

“Sebab saya tahu jentera PH di Selangor dan negeri lain terus menyokong calon-calon BN. Itulah semangat kita dan daripada 245 kerusi yang ditandingi sekarang, BN bertanding di 108 kerusi,” katanya ketika menyampaikan ucapan sempena majlis Jelajah Perpaduan Madani 2.0, semalam.

Menurut Ahmad Zahid, kesudian dan sikap tolak ansur PH dapat dilihat dengan memberikan BN peluang untuk bertanding di 108 kerusi di enam negeri.

“Kerusi penyandang tidak lebih daripada 38. Kita bertanding 108 kerusi ertinya PH memberikan peluang kepada BN untuk bertanding. PH telah memperlihatkan keikhlasannya kepada BN.

“Oleh sebab itu, menjadi tanggungjawab BN untuk membalas keikhlasan ini dengan memberikan sokongan kepada calon-calon PH,” katanya lagi.

BBerkaitan

Latest articles