BN akan kemukakan muka baharu di PRN Selangor – Ahmad Zahid

BANGI: Barisan Nasional (BN) akan mengemukakan calon-calon muka baharu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) sejajar semangat baharu parti tersebut.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, meskipun MCA dan MIC memutuskan tidak meletakan calon, namun mereka akan bersama BN dan menyokong calon-calon parti Kerajaan Perpaduan.

Selain itu beliau memaklumkan, pihaknya akan mengemukakan manifesto dalam pilihan raya itu pada masa terdekat dengan kandungannya menyentuh soal kepentingan dan kebajikan rakyat.

“Terima kasih kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana beri peluang untuk BN mengemukakan calon.

“Jika kerajaan terbentuk, saya yakin UMNO dan BN akan menjadi sebahagian kerajaan,” katanya ketika berucap dalam program Jelajah Perpaduan Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan Selangor di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, selama lapan bulan Kerajaan Madani terbentuk, sudah banyak usaha dilakukan termasuk daripada segi pelaburan dan kedaulatan negara.

“Tuntutan Sulu, mahkamah telah memihak kepada Malaysia dan rakyat Sabah, ini semua usaha dilakukan oleh Datuk Seri Anwar dan anggota Kabinet,” katanya

BBerkaitan

Latest articles