Bilal Mengaku Tak Bersalah Laku Amang Seksual Terhadap Anak Tiri

KUALA LUMPUR: Seorang bilal didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu , semalam atas dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap anak tiri perempuannya berusia 12 tahun.

Tertuduh, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Mengikut pertuduhan, tertuduh, 38 tahun, didakwa melakukan perbuatan amang seksual fizikal dengan cara meraba badan dan kemaluan mangsa.

Bahkan lelaki itu juga didakwa menyuruh mangsa menggosok kemaluan tertuduh sehingga keluar air mani.

Beliau didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu di kawasan lapang di Jalan Kubang Parit, Kuala Terengganu pada 2 Ogos lalu namun perbuatan itu terbongkar apabila mangsa melaporkannya kepada guru sekolah.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) dan 14 (b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang mana jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Sesi pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nor Hilwani Mat Rifin.

Mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan dan sebutan semula kes ditetapkan pada 22 Ogos ini.

BBerkaitan

Latest articles