Biarpun Tidak Mendapat “Simple Majority”, Kerajaan Perikatan Nasional Ini Perlu Diteruskan Demi Rakyat

Ya, biarpun tidak mendapat jumlah minimum “simple majority” semalam di parlimen iaitu 112 kerusi namun jumlah 111 kerusi masih lagi di pihak yang menang berbanding jumlah 109 yang dimiliki oleh Pakatan Harapan.

Ini bermakna dakwaan dan desas-desus bahawa Pakatan Harapan ada sampai 140 kerusi adalah tidak benar semata-mata. Ada orang berkata elok sahaja dibubar dan diberi mandat baru kepada rakyat untuk memilih semula ahli ahli Dewan Rakyat yang baru.

Namun dalam keadaan sekarang, ketika negara berhadapan dengan krisis penyakit dan ekonomi, jalan sebaiknya adalah meneruskan fungsi-fungsi kerajaan yang sedia ada.

Kerajaan ini masih boleh berfungsi biarpun hanya tipis untuk menolong rakyat.

Barangkali, keputusan tipis ini juga membayangkan bila semua masalah rakyat dan penyakit semakin reda, maka ketika itulah barangkali masa yang sesuai untuk diadakan pilihan raya umum.

BACA JUGAUsul Tukar Speaker Parlimen Jadi Penanda Aras Kejayaan Kerajaan Muhyiddin

Kerajaan Persekutuan Malaysia yang mengamalkan sistem pentadbiran demokrasi berparlimen perlu memiliki majoriti mudah wakil rakyat dalam Dewan Rakyat di Parlimen iaitu dewan perwakilan paling rendah untuk menggubal undang-undang serta meluluskan peruntukan belanjawan sepanjang tahun untuk negara.

Jumlah keseluruhan kerusi wakil rakyat di dalam Dewan Rakyat untuk kali ini untuk Parlimen ke-14 ialah sebanyak 222 orang.

Daripada jumlah itu jumlah majoriti mudah atau “simple majority” ialah sebanyak 112 orang untuk sesebuah parti atau pakatan membentuk kerajaan mentadbir negara dengan diketuai oleh seorang Perdana Menteri.

Majoriti yang lebih banyak dan kukuh pula ialah dua pertiga dari jumlah 222 orang iaitu 148 orang.

Bilangan majoriti untuk membentuk kerajaan sebenarnya berfungsi sebagai pemutus ketika proses penggubalan undang-undang dalam Dewan Rakyat ketika sidang Parlimen bagi tujuan undian yang biasanya dibuat secara suara yang lebih dan ada sesekali membuat undian secara belah bahagi iaitu satu kiraan Ahli Parlimen yang hadir satu undi.

Ketika krisis kerajaan pada bulan Februari sebelum ini, selepas Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri keadaan bilangan majoriti dalam Dewan Rakyat jadi tidak menentu.

Pada masa itu, selepas Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengadakan pertemuan dengan kesemua 222 orang Ahli Parlimen, Seri Paduka memutuskan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin layak dilantik sebagai Perdana Menteri selepas mendapati beliau mendapat sokongan majoriti dalam Dewan Rakyat.

Pada masa itu, pakatan yang ketika itu memegang tampuk pemerintahan iaitu Pakatan Harapan masih tidak mampu mencari siapa calon Perdana Menteri untuk dilantik menggantikan Dr Mahathir.

Dek kerana krisis berlarutan beberapa hari tanpa ada calon Perdana Menteri, parti Bersatu, BN, PAS, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) membentuk Perikatan Nasional menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

Apa yang terjadi dalam sidang Dewan Rakyat semalam ketika usul Muhyiddin untuk mengosongkan kerusi Speaker Dewan Rakyat ialah contoh yang akan berlaku jika sesebuah kerajaan tidak mempunyai majoriti yang lebih kukuh iaitu majoriti dua pertiga.

Usul semalam yang dibentangkan oleh Perdana Menteri memperolehi 111 undi manakala 109 undi menentang dari blok pembangkang. Tidak cukup “simple majority” tetapi ianya tidak menjadi masalah kerana jumlah 111 adalah lebih banyak berbanding 109. Dalam undian usul ianya tidak memerlukan jumlah sehingga 112 untuk membolehkan sesuatu pihak menang.

Ahli Parlimen pembangkang mengambil kesempatan untuk membuat kecoh dan cuba mempengaruhi jumlah majoriti tipis untuk menggagalkan usul kerajaan semalam. Keadaan ini mungkin tidak berlaku jika kerajaan yang lebih kukuh dibentuk iaitu jumlahnya hampir kepada 2/3 atau lebih 2/3 kerusi parlimen.

Bekas Ahli Parlimen Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dalam Facebooknya semalam berkata kejadian semalam ada ujian bagi kerajaan Muhyiddin serta membuktikan pelantikan Muhyiddin oleh Yang di-Pertuan Agong adalah betul kerana Perikatan Nasional ada angka yang cukup untuk membentuk kerajaan.

“Namun, jumlah kemenangan tipis menunjukan kerajaan ini tidak stabil. Lebih-lebih lagi apabila tiba sesi bajet nanti.

“Banyak pengundian akan berlaku,” katanya.

Beliau berkata tanpa jumlah majoriti lebih besar, setiap Ahli Parlimen dalam kerajaan tidak boleh ke mana-mana kerana perlu sentiasa berada di dalam Dewan untuk mengukuhkan bilangan majoriti berkenaan ketika sesi pengundian untuk belanjawan negara dilakukan.

“Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri mesti bekerja dalam Parlimen, Menteri tak boleh keluar, jika ada banjir pun tak boleh berada di kawasan,” katanya.

Ahmad Shabery berkata adalah sulit untuk kerajaan berfungsi.

Oleh sebab itu, pada masa kini, ada pihak yang menyuarakan untuk Dewan Rakyat dibubarkan dan diadakan Pilihan Raya Umum (PRU) yang baru untuk rakyat mengundi untuk memberikan mandat baru kepada kerajaan yang menang selepas PRU itu nanti.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,871FollowersFollow
21,200SubscribersSubscribe

Terkini