Biarpun Sibuk Pru15 Ismail Sabri Tetap Utamakan Persiapan Hadapi Banjir

SURAT | Dalam sibuk² di saat² akhir sebelum tibanya musim berkempen PRU15 yang bakal bermula beberapa hari sahaja lagi ini, YAB DS Ismail Sabri Yaakob tetap terus bekerja & berkhidmat untuk rakyat.

Beliau tidak sibuk berbalah sesama ahli politik yang berlainan ideologi. Beliau juga tidak sibuk menjaja cerita, menyebar fitnah, menabur janji. Beliau masih sentiasa mengutamakan kesejahteraan rakyat. Sifat beliau inilah yang membuat beliau lain daripada yang lain. Calon PM yang paling digemari umum setakat ini.

Buktinya, walaupun sibuk dengan PRU, beliau masih sempat memikirkan bencana banjir yang dijangka akan melanda negara kita terutamanya di beberapa kawasan yang tertentu.

Bagi memastikan persediaan yang terbaik diambil, untuk menghadapi bencana banjir ini, seramai 69,235 anggota pasukan keselamatan & penyelamat kini siap sedia untuk dikerahkan ke lokasi² yang telah dikenal pasti.

Menurut PM, seluruh pasukan keselamatan kita telah bersedia. Bukan PDRM sahaja, malah agensi-agensi lain di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga turut sama dilibatkan. Antara agensi yang dimaksudkan termasuklah RELA, APM, ATM, dan banyak lagi.

Menurut beliau lagi, jumlah itu akan ditambah pada bila² masa sekiranya ianya masih tidak mencukupi.

Oleh yang demikian, maka tidak hairanlah mengapa nama Ismail Sabri itu sentiasa diingati serta dekat di hati rakyat Malaysia. Semua ini bertitik tolak daripada kesungguhan & komitmen yang beliau berikan dalam menyediakan persekitaran kehidupan yang terbaik, aman dan harmoni untuk seluruh lapisan masyarakat negara ini.

Oleh: Raj Akbar SAC Logan

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi therakyatinsight

BBerkaitan

Latest articles