Biar Dewan Tertinggi BN Tentukan PN Atau PH

KUALA LUMPUR: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, hanya Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) sahaja mempunyai kuasa untuk memutuskan sokongan bagi pembentukan kerajaan Persekutuan.

Beliau turut menegaskan, kesemua ahli Parlimen bertanding atas tiket BN dan bukannya UMNO.

Sehubungan itu, Ismail Sabri memaklumkan keputusan perjalanan pembentukan kerajaan mesti ditentukan oleh Dewan Tertinggi BN dan bukannya biro politik UMNO.

Katanya, Dewan Tertinggi BN sepatutnya bermesyuarat malam tadi namun ia telah dibatalkan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di pekarangan Hotel Seri Pacific pagi ini.

Terdahulu beberapa laporan media menyebut ada pertemuan antara pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan BN para pagi ini.

BBerkaitan

Latest articles