More

    Betapa Zuhudnya Sadio Mane, Penyerang Liverpool Yang Penuh Sensasi Ini

    Sadio Mane, bintang Liverpool dari Senegal (memperoleh kira-kira 10.2 juta dolar setiap tahun), telah memberi dunia pelajaran mengenai kesederhanaan setelah beberapa peminat melihat beliau membawa Iphone yang telah pun retak.

    Jawab balasnya mengkagumkan, “Mengapa saya perlu sepuluh kereta Ferrari, 20 utas jam tangan berlian ja dan dua buah pesawat jet?”

    “Apa yang dapat ia berikan kepada dunia? Saya kelaparan, saya bekerja di ladang, saya bermain tanpa alas kaki, dan saya tidak ke sekolah. Sekarang saya dapat menolong orang. Saya lebih suka membina sekolah dan memberi makanan atau pakaian orang miskin dan memerlukan.

    MESTI BACASPRM Panggil Syed Saddiq

    “Saya telah membina sekolah [dan] stadium; kami menyediakan pakaian, kasut, dan makanan untuk orang-orang dalam kemiskinan melampau. Di samping itu, saya memberikan 70 euro sebulan (RM340.70) kepada semua orang dari wilayah Senegal yang sangat miskin untuk membantu ekonomi keluarga mereka.”

    “Saya tidak perlu pamerkan kereta mewah, rumah mewah, perjalanan mewah dan hebat serta pesawat. Saya lebih gemar orang saya menerima sedikit daripada apa yang telah diberikan kehidupan kepada saya.” kata Mane.

    Terbaiklah Sadio Mane. Dia tidak perlu jadi orang politik atau wakil rakyat pun untuk menyumbang dan berbakti kepada rakyat di negaranya. Tidak perlu tunggu berbahas dalam parlimen pun.

    Hanya menjadi seorang pemain bolasepak yang berjaya pun sudah cukup bagi Sadio Mane untuk memberikan BR1M sejumlah RM340.70 kepada setiap rakyat yang miskin di Senegal.

    Moga Allah SWT murahkan rezeki Sadio Mane ini. – myratiing

    Berita Berkaitan

    Berita Terkini