“Ini jongkong-jongkong besi yang telah saya potong dan analisis. Lihat bahagian yang telah dipotong di mana kualitinya, kesemuanya lebih daripada 70 peratus paddock. Patutlah disebut sebagai the best in the world. Patutlah menjadi pilihan dunia lain. Memang sangat berkualiti,” kata arkeogeologis, Datuk Dr Mokhtar Saidin mengenai kualiti besi yang dihasilkan di Kedah sejak dari dulu.
Ujarnya, sehingga ke hari ini, Negeri Kedah masih melakukan eksport bijih besi termasuklah ke China.
“Memang Tuhan dah set sekeliling Gunung Jerai ni dengan prasarana, kemudahan untuk berlangsungnya industri besi. Kalau tanpa bijih besi mentah, toksah cakaplah tentang industri besi. Kalau tanpa kayu bakau yang penuh sekeliling Sungai Merbok, mustahil nak lebur 1,200 darjah celcius. Pokok bakau minyak yang ada di hutan bakau Merbok itu adalah kunci yang Allah berikan set dia bersama tanah liat untuk buat furnace, untuk buat tuyere dan yang lain-lain.”
“So, dah disetkan untuk terlaksana satu tamadun yang hebat, untuk bahagian dunia yang lain,” katanya lagi yang merupakan salah seorang panelis dalam Forum Peradaban Alam Melayu anjuran Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) yang berlangsung pada Sabtu baru-baru ini.
Tambahnya, rekod di Kedah sendiri yang paling hampir berkenaan industri besi adalah oleh Sultan Kedah ke-22, pada tahun 1804-1945, dalam Buku Peringatan Raja-Raja Kedah.
“Dalam buku ini mengatakan, semasa Raja ini memerintah pada masa itu, ada lima bahan eksport utama: gajah, timah, besi, lilin dan sendawa. Dibuat bukan sahaja eksport besi mentah tapi buat peluru, kuali dan paku. 1804 Kedah buat eksport kuali dan paku. Business strategy yang berlangsung dari awal di Kedah yang boleh dijadikan contoh. Ini rekod yang paling hampir dalam sistem pemerintahan Kedah.”
“So, keseluruhannya, Kedah adalah tempat pengeluar jongkong besi sejak 788, 2,800 tahun yang lalu,” katanya lagi.
Tambahnya lagi, Kedah sehingga sekarang masih mengeksport besi ke China, sambil menunjukkan lampiran lombong besi terkini di Kedah.