BERSATU WP Buat Laporan Polis Tindakan Anwar Biadap Dengan Agong

KUALA LUMPUR: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebenarnya tahu dan faham Perkara 150 di dalam Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh tentang Proklamasi Darurat.

Ketua Badan Pimpinan Negeri Wilayah Persekutuan (BPNWP) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya berkata, Anwar bagaimanapun sengaja memilih untuk mencabar kuasa Yang di-Pertuan Agong dan menghasut rakyat supaya pembatalan ke atas darurat dilaksanakan.

“Bahkan di dalam Perkara 150 (8) Perlembagaan Persekutuan juga telah menyatakan secara jelas bahawa keputusan Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat berdasarkan Perkara 150 (1) adalah muktamad dan tidak boleh dicabar atau dipersoalkan di dalam mana-mana Mahkamah atas apa-apa alasan dan Mahkamah juga tiada sebarang kuasa untuk melayan cubaan mencabar proklamasi darurat.

“Saya sesungguhnya percaya bahawasanya Datuk Seri Anwar Ibrahim amat mengetahui mengenai Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan dan tindakan beliau ini saya percaya sengaja dilakukan oleh beliau untuk mengajak dan menghasut Rakyat Malaysia menentang tindakan Yang dipertuan Agong dalam mengistiharkan Proklamasi Darurat,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sehubungan itu BERSATU WP membuat satu laporan polis dibuat bagi menggesa pihak berkuasa mengambil serius terhadap perkara tersebut seterusnya bertindak menyiasat segera Ketua Pembangkang itu yang secara terang-terangan tidak menghormati institusi Diraja dan kedaulatan Perlembagaan Persekutuan.

Anwar sebelum ini bertindak menghantar surat kepada Yang diPertuan Agong supaya membatalkan Proklamasi Darurat selain cubaan mencabar Proklamasi Darurat di Mahkamah.

Muhammad Suhaimi berkata, dakwaan Anwar yang mengatakan langkah darurat dilakukan tanpa sebarang asas kukuh merupakan satu dakwaan tidak menghormati keputusan Agong serta menidakkan kebijaksanaan baginda.

Tegasnya lagi, tndakan Ahli Parlimen Port Dickson itu secara tidak langsung menyerlahkan pendirian beliau yang tidak menghormati undang-undang tertinggi negara demi kepentingan politiknya yang tidak berkesudahan.

Malah katanya, tindakan Anwar itu juga telah dilihat sebagai memperlekehkan keputusan yang dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong dalam usaha untuk mengawal COVID-19 menerusi Proklamasi Darurat.

“Saya sesungguhnya percaya tindakan Datuk Seri Anwar ini boleh mencetuskan hura-hara di dalam negara dengan sentimen yang dibawanya dan boleh ditakrifkan sebagai cubaan menghasut rakyat bukan sahaja membenci Kerajaan malahan menentang Agong.

“Dan saya juga amat percaya jika sekiranya tindakan segera tidak diambil, bimbang akan berlaku gerakan yang tidak di sangka-sangka yang boleh mengugat keselamatan dan keharmonian negara,” ujarnya.

BBerkaitan

Latest articles