Bersatu Terlepas Kerusi ‘Selamat’ Muhyiddin

MUAR: Kubu kuat Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir tidak lagi menjadi milik Bersatu apabila parti itu tewas kepada Barisan Nasional (BN).

Namun pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini, Muhyiddin mengambil keputusan untuk tidak mempertahankan kerusi berkenaan.

BN, menerusi calonnya, Sahrihan Jani berjaya mendapat 7,747 undi menewaskan orang kuat Muhyiddin, Mohd Solihan Badri yang mendapat 4,674 undi.

Sementara calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Naim Jusri mendapat 4,208 undi dan calon Parti Pejuang Tanahair (Pejuang), Suraya Sulaiman hanya mendapat 215 undi.

Pada PRU-14 yang lalu, Muhyiddin yang ketika itu bertanding sebagai calon Pakatan Harapan menang kerusi DUN Gambir dengan majoriti 3,088 undi menewaskan calon BN, Datuk M. Asojan dan calon Pas, Datuk Dr Mahfodz Mohamed. –

BBerkaitan

Latest articles