More

    Bersatu Sabah Tubuh Pasukan Khas Teliti Syor Dan Cadangan Untuk Belanjawan Negeri

    Mengambil kira kes penularan COVID-19 yang masih tinggi di Sabah, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah mewujudkan satu pasukan petugas khas untuk merumus syor dan cadangan sempena Belanjawan 2021 Negeri Sabah kelak.

    Ketua Penerangan Bersatu Sabah, Khairul Firdaus Akbar berkata teras utama yang perlu dipertimbangkan menerusi Belanjawan 2021 Negeri Sabah yang akan dibentangkan pada bulan ini adalah kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta ketahanan ekonomi negeri dalam menghadapi pandemik COVID-19.

    Mesyuarat Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu Sabah itu turut membincangkan pelbagai perkara susulan daripada permintaan Pengerusi Bersatu Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor kepada kesemua 25 bahagian parti untuk mendapatkan maklum balas akar umbi berhubung permasalahan rakyat, khususnya dalam menghadapi penularan pandemik COVID-19.

    “Antara dapatan yang diperolehi adalah keperluan untuk meningkatkan keberkesanan mekanisme penyampaian bantuan kepada golongan yang terjejas di semua peringkat.

    “Beberapa tindakan segera perlu dilaksanakan termasuk menambah penglibatan jentera penyampaian untuk membantu petugas kerajaan sedia ada daripada Pejabat Daerah, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pihak berkuasa tempatan.

    “Selain itu, sistem pengesanan golongan rakyat yang terjejas akses dan sumber keperluan makanan juga perlu diperkemaskan,” katanya dalam satu kenyataan.

    Khairul turut memaklumkan mesyuarat iti turut membincangkan maklum balas terhadap inti pati Belanjawan 2021 Peringkat Persekutuan yang diumumkan Jumaat lalu.

    Menerusi Belanjawan 2021, Sabah menerima RM5.1 bilion untuk pembangunan infrastruktur selain RM3.8 bilion untuk kesinambungan projek Pan Borneo dan pakej lain.

    Berita Berkaitan

    Berita Terkini