More

    Bersatu Sabah Hargai Komitmen Umno Sabah Dokong Kerajaan PN

    Kritikan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin terhadap pembangkang supaya menghentikan desakan untuk Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan jelas menunjukkan mereka menyokong dan mahu memberi sepenuh komitmen terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN).

    Ketua Penerangan Bersatu Sabah, Khairul Firdaus Akbar juga mengajak pemimpin politik kerajaan dan pembangkang serta rakyat memahami isi titah Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini.

    “Bung Moktar menyatakan tidak perlu sama sekali Muhyiddin meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

    “Ia menunjukkan Bung Moktar adalah seorang pemimpin berjiwa besar dan meletakkan kepentingan rakyat mendahului segalanya.

    “Seiring titah Yang di-Pertuan Agong, pemimpin politik wajar memfokus perancangan untuk membangunkan masyarakat ketika berdepan pandemik COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan.

    Sementara itu Khairul Firdaus menegaskan, kerjasama dan perpaduan dalam kalangan pemimpin termasuk pembangkang, perlu diperkukuh demi memastikan agenda pembangunan untuk rakyat berjalan lancar.

    “Bersatu Sabah berpendapat ‘politiking’ yang melampau pasti akan mengundang kebencian rakyat terhadap pemimpin politik.

    “Justeru, titah Yang di-Pertuan Agong harus dijadikan panduan dan iltizam kepada semua pihak untuk kecemerlangan negeri ini,” katanya.

    Berita Berkaitan

    Berita Terkini