Bersatu, PN Akan Bermesyuarat, Bincang Isu Dua MP Sokong Anwar

KUALA LUMPUR: Berikutan perkembangan terbaru melanda Perikatan Nasional (PN) dan Bersatu secara khususnya selepas dua ahli parlimennya menyatakan sokongan terhadap kerajaan, gabungan politik itu akan mengadakan satu perbincangan mengenai situasi semasa.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata perbincangan itu melibatkan semua ahli-ahli Parlimen pembangkang dan juga kepimpinan peringkat Bersatu.

Awal hari ini, Ahli Parlimen Labuan, Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman menyusuli tindakan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid yang menyatakan sokongan terhadap kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kita pun baru baca surat yang dikeluarkan Suhaili, jadi ada perbincangan yang akan dilakukan peringkat parti dan juga di peringkat Ahli Parlimen dalam masa terdekat,” katanya dalam sidang media di Parlimen hari ini.

Terdahulu Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu diminta mengulas mengenai kenyataan Suhaili yang mengisytihar sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri.

Suhaili berkata, tindakan tersebut diambil selepas mempertimbangkan dengan teliti rintihan rakyat Labuan yang terhadap kos sara hidup yang semakin tinggi.

Mengulas lanjut, Wan Saiful yakin satu keputusan mengenai perkara itu akan diumumkan kepimpinan tertinggi PN dalam masa terdekat.

“Saya yakin pihak parti akan membuat keputusan dan pengumuman yang sesuai dengan keputusan kita selepas perbincangan tersebut diadakan,” katanya lagi.

BBerkaitan

Latest articles