BERSATU Mesyuarat Pendirian UMNO Enggan Teruskan Kerjasama Petang Ini

Pendirian BERSATU mengenai UMNO yang enggan meneruskan kerjasama di dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan diputuskan menerusi mesyuarat, petang ini.

Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata pendirian itu kemudian akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) bersama parti-parti komponen Perikatan Nasional yang lain iaitu PAS, STAR, SAPP dan GERAKAN.

Terlebih dahulu BERSATU mengadakan mesyuarat yang dipengerusikan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengenai ketetapan UMNO tersebut.

Mesyuarat itu membincangkan berkaitan surat Presiden UMNO bertarikh 26 Februari 2021 kepada Presiden BERSATU berhubung keputusan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada 19 Februari 2021 di Janda Baik, Pahang.

Majlis Tinggi UMNO telah mengambil keputusan untuk tidak lagi bekerjasama dengan BERSATU dalam PRU15 dan kebersamaan dalam Kerajaan PN boleh diteruskan sehingga pembubaran Parlimen.

BBerkaitan

Latest articles