Bersatu Kesal Dalam Isu MB Perak

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) melahirkan rasa kesalnya dengan apa yang berlaku dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, pada semalam yang menyaksikan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, gagal mendapat sokongan dalam usul undi percaya terhadapnya.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata Bersatu akan memantau situasi semasa dan pada masa sama akan terus bersama PAS dan rakan parti Perikatan Nasional (PN) yang lain dalam membuat keputusan selanjutnya.

“Bersatu ambil maklum bahawa usul keyakinan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) terhadap Menteri Besar Perak sudah ditolak oleh UMNO dan Pakatan Harapan.

“Bersatu sentiasa berpegang teguh dengan prinsip persefahaman dan kerjasama yang terbentuk antara parti-parti kerajaan PN sejak awal tahun ini demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Biro Politik Bersatu bermesyuarat berikutan isu terbaru di Perak itu.

Hamzah berkata Bersatu juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada empat ADUN Bersatu, tiga ADUN PAS, satu ADUN UMNO dan dua ADUN Bebas yang menyokong usul percaya kepada Ahmad Faizal.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yasin, turut memanggil beberapa pemimpin utama parti termasuk menteri dari Bersaty di pejabatnya di Putrajaya, petang semalam.

Berita Berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Advertisment

Terkini

CUEPACS Gesa Tindakan Tegas Pesakit COVID-19 Minum Bir Di PKRC

Susulan tular gambar membabitkan beberapa individu meminum bir di sebuah Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Kota Kinabalu sejak semalam, Kongres...

Terjun Bangunan Bersama Bayi 5 Bulan

Berang kerana kekasih enggan mengahwininya, seorang wanita kaya kacukan China-Amerika ditemukan maut dalam keadaan berbogel selepas terjun dari pangsapuri sambil memeluk bayinya berusia lima...

Polis Siasat Dakwaan Remaja Perempuan Dirogol Dalam Tahanan

Dua anggota polis digantung tugas serta-merta setelah wujud dakwaan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dirogol oleh tahanan lain ketika berada di dalam lokap...

KPM: Pelajar Yang Mengambil Peperiksaan Utama Sahaja Masuk Sekolah 20 Jan Ini

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskan sesi persekolahan secara bersemuka yang bermula 20 Januari 2021 bagi seluruh negara hanya melibatkan murid yang akan menduduki peperiksaan...

Hospital Bersepadu MAEPS mula beroperasi 24 Jan depan – Dr Adham

Hospital Bersepadu Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang, dekat sini akan mula beroperasi pada 24 Jan ini bagi merawat pesakit COVID-19 kategori tiga,...