Berlaku Percanggahan keterangan Bertulis Saksi kedua Dalam Perbicaraan Kes Bekas Pengarah Revenue Group

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes melibatkan pelupusan harta syarikat tanpa resolusi Ahli Lembaga Pengarah revenue group terganggu selepas salinan keterangan yang dibacakan oleh saksi bercanggah dengan salinan keterangan yang diberikan oleh pihak pendakwaan kepada pihak pembelaan.

Ketika membacakan muka surat pertama keterangannya, saksi Heng Chiang Pooh, meminta supaya umurnya dipinda kepada 66 tahun berikutan keterangan itu disiapkan pada tahun lalu.

Pihak pembelaan kemudian bangkit memaklumkan kepada mahkamah bahawa terdapat percanggahan fakta kerana salinan yang dimiliki mereka tidak menyebut usia saksi, selain maklumat mengenai jawatan yang turut berbeza daripada keterangan yang dibacakan saksi.

Keadaan itu menyebabkan Timbalan Pendakwa Raya, Law Chin How, memeriksa salinan keterangan tersebut sebelum mendapati bahawa salinan yang dimiliki pihak pembelaan adalah versi terkini yang telah diubah suai bagi memudahkan pemahaman fakta.

Law kemudian mengesahkan bahawa salinan yang berada di tangan Hakim, Tuan Rosli Ahmad, adalah salinan awal dan bukan versi yang akan dibacakan oleh saksi.

Beliau memberitahu mahkamah bahawa pihaknya tidak meminda sebarang fakta penting, dan pada asasnya, ia adalah keterangan yang sama.

Menurutnya, tiada pengubahsuaian ketara dilakukan, sebaliknya fakta di muka surat kedua hanya dipecahkan supaya lebih jelas dan mudah difahami.

Beliau kemudian memohon kepada mahkamah agar diberi sedikit masa untuk mencetak salinan keterangan baharu sebelum menyambung perbicaraan.

Saksi kemudiannya membacakan keterangannya dan mengesahkannya dengan menurunkan tandatangan di mahkamah.

kes seterusnya bersambung esok

BBerkaitan

Latest articles