Berkuburkah Bersatu Selepas Enam Ahli Parlimennya Tidak Bertanding PRU15?

KUALA LUMPUR: Desas-desus kononnya enam Ahli Parlimen Bersatu tidak akan mempertahankan kerusi mereka pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) mula bertebaran.

Memetik Utusan Malaysia, nama-nama yang dikaitkan adalah Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Shabudin Yahaya; Ahli Parlimen Sungai Besar, Muslimin Yahaya; Ahli Parlimen Kudat, Abd Rahim Bakri; Ahli Parlimen Sabak Bernam, Fasiah Fakeh; Ahli Parlimen Beaufort, Azizah Dun dan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal.

Khabar angin ini secara tidak langsungnya meninggalkan tanda tanya apakah parti pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu mampu bertahan selepas PRU15 atau sebaliknya.

Lima daripada enam kerusi berkenaan dimenangi atas tiket UMNO pada PRU14 kecuali Sungai Besar.

Sebaliknya buat beberapa pemimpin Bersatu yang lain seperti Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Seri Mas Ermieyati Samsudin dan Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid yang dikatakan masih mahu bertanding.

Namun beberapa pibak menjangkakan mereka ini bakal berdepan laluan sukar mengekalkan kerusi berkenaan susulan kemarahan rakyat kerana tindakan meninggalkan UMNO.

Secara keseluruhannya, seramai 16 Ahli Parlimen UMNO melompat parti selepas Barisan Nasional (BN) tewas di tangan Pakatan Harapan (PH) pada PRU14.

BBerkaitan

Latest articles