Berkhidmat Untuk Rakyat Tanpa Perbezaan Warna Politik – TPM

KUALA LUMPUR: Pemimpin diingatkan agar mengutamakan kepentingan rakyat dengan mengenepikan perbezaan politik, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau menegaskan bahawa amanah dan mandat yang diberikan rakyat harus dilaksanakan secara adil tanpa mengira latar belakang politik, agama, atau kaum.

“Sebagai ahli politik, kita tidak boleh membezakan rakyat mengikut fahaman politik. Soal kemenangan besar atau kecil bukan keutamaan. Apa yang penting, apabila dipilih sebagai Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), tanggungjawab kita adalah menjaga kebajikan semua,” katanya ketika merasmikan Dewan RC di Simpang Empat, Hutan Melintang, hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk mengingatkan pemimpin supaya terus mendekati rakyat, termasuk golongan muda yang bekerja di kawasan masing-masing atau berada di luar negara.

BBerkaitan

Latest articles