Home GAYA HIDUP HIBURAN Berjanggut, Berhijab, Berniqab Tak Semestinya Dijanjikan Jannah – Intan Najuwa

Berjanggut, Berhijab, Berniqab Tak Semestinya Dijanjikan Jannah – Intan Najuwa

Baru-baru ini, perkongsian pelakon Intan Najuwa mengundang kecaman apabila memuat naik foto menampakkan bahagian perut ketika bercuti di Dubai.

Malah, netizen turut menegur penampilannya itu apatah lagi pelakon itu baru saja pulang menunaikan ibadah umrah pada Januari lalu.

Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Intan mengakui sudah lali dengan kecaman netizen serta meminta agar tidak membuta tuli menghakimi dirinya berdasarkan penampilannya.

Dalam satu petikan yang dikongsikan, mengatakan bahawa menutup aurat tidak semestinya dijanjikan syurga.

“Kalian hakimi seseorang untuk menjadi alim tetapi kalian tak tahu kehidupan sebenar (peribadi) mereka. Jangan anggap mereka dijanjikan jannah disebabkan penampilan yang dilihat di mata (berjanggut, berhijab, berniqab dan cara percakapan).

“Penampilan luaran seseorang tidak semestinya melambangkan mereka dekat atau rapat dengan Allah,” kongsinya.

Menurut petikan itu lagi, orang ramai sepatutnya mengharapkan seseorang agar berubah menjadi orang yang lebih baik.

“Kalau kalian menghakimi seseorang dengan harapan dia menjadi alim, jangan lupa berdoa buat mereka untuk menjadi orang lebih baik hari demi hari.

“Sama macam apabila kalian cop seseorang itu jahat. Mungkin mereka buat benda jahat dan kita pun bertindak ikut perasaan tetapi jangan lupa masa depan mereka boleh bertukar.

“Insya-Allah, Allah SWT akan bimbing mereka ke jalan yang benar atau kita sendiri akan jadi orang yang diberikan hidayah,” kongsinya.

NO COMMENTS

Exit mobile version