Beri Masa Kepada PM Tentukan PRU15 – Ahmad Zahid

TANGKAK: Gesaan untuk menyegerakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan diusulkan oleh pembahas-pembahas di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) pada 16 Mac ini.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam pada itu menegaskan parti itu tidak perlu memujuk Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mengadakan PRU15 dalam masa terdekat.

“Tak perlu pujuk, akan ada pembahas dari negeri-negeri (bawa usul) dan kita akan lihat bagaimana jurucakap daripada negeri itu akan memperbahaskan ucapan Dasar Presiden.

“Kita akan menggali apakah dapatan dan pandangan daripada mereka, maka ketetapan ataupun usul akan dibuat daripada apa yang akan disampaikan oleh jurucakap berdasarkan kepada fakta politik semasa.

“Jika sebahagian besarnya memerlukan apa yang disebut sebagai memperolehi mandat baru daripada rakyat maka itulah yang akan menjadi ketetapan kepada PAU kali ini,” katanya dalam sidang media selepas siri ceramah umum di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sawah Ring, pada Khamis.

Bercakap mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Ahmad Zahid berkata, BN tidak boleh mendahului beberapa pihak yang membuat analisis bahawa parti itu akan menang besar pada PRN kali ini.

“Saya tidak mahu mendahului daripada penganalisis politik apa lagi ketetapan Allah.

“Kita akan cross the line, kita memerlukan jumlah kerusi mudah kita perlu 29 kerusi, selebihnya kita masih berusaha dan kita berdoa pada Allah agar usaha kita diberikan kemakbulan dan kejayaan berpihak kepada kita untuk kerusi-kerusi itu perolehi,” jelas Ahmad Zahid.

BBerkaitan

Latest articles