‘Berehatlah’ Dr Ali, Terima Kasih Atas Jasa Anda

Tular sejak semalam adalah gambar rakaman seorang doktor yang tertidur akibat keletihan menguruskan pesakit-pesakit COVID-19 dan telah meninggal dunia.

Beliau adalah Allahyarham Dr Ali Noor Hassan eorang doktor yang bertugas sebagai barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang meninggal pada Isnin.

Berita sedih itu disampaikan menerusi hantaran dimuat naik Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) di Facebook (FB), semalam.

SPJM memaklumkan, pihaknya dimaklumkan mengenai kematian Allahyarham Dr Ali Noor Hassan melalui akaun FB miliknya.

“Arwah adalah ahli berdaftar SPJM dan mengikuti SPJM sejak 2018 serta menyertai Kursus Pengurusan Jenazah SPJM di Surau Quba Sentul pada dua tahun lalu.

“Dr Ali dikhabarkan sebagai seorang ahli khidmat dakwah dan sudah dua kali menyertai ijtimak atau perhimpunan jemaah tabligh di Beaufort, Sabah.

“Setiap kali ijtimak besar jemaah tabligh di Sabah, Dr Ali akan datang dari Selangor berkhidmat secara sukarela sebagai petugas perubatan bagi peserta ijtimak,” katanya.

Hantaran itu turut memaklumkan SPJM kehilangan seorang ahli yang begitu komited berbakti kepada ummah.

“Semoga Allah SWT menerima segala amal kebajikan beliau dan mengampuni segala dosanya yang lampau. Salam takziah buat ahli keluarganya,” katanya.

Dalam hantaran itu, SPJM berkongsi gambar terakhir Dr Ali yang sempat diambil rakannya sebelum beliau jatuh sakit kerana beban kerja terlalu penat dan letih selain kekurangan masa untuk beristirehat selepas bertugas di barisan hadapan KKM menangani COVID-19.

Difahamkan beliau tertidur ketika bertugas dan pengsan.

Latest articles

Related articles

spot_img