Bekas naib presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menyifatkan perebutan siapa yang layak menjadi calon perdana menteri sebagai ‘tidak relevan’, susulan kemelut yang melanda Pakatan Harapan (PH) ketika ini antara bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
PH Putus Calon PM Minggu Hadapan
DAP, Amanah Gesa Bincang Isu Shafie Dalam Mesyuarat PH
“Pada saya itu tidak relevan kerana saya kembali ke tugasan hakiki kita untuk memperkukuhkan jentera parti.
“Maka yang lain itu biarlah politikus yang lain melayan masalah sedemikian,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Regenarasi Wanita dan pengumuman keanggotaan PKR.
Izzah, Ahli Parlimen Permatang Pauh menegaskan dirinya kini mahu memberi tumpuan terhadap usaha menguatkan jentera parti bagi menghadapi pilihan raya akan datang.
PH bakal mengadakan mesyuarat penting bagi membincang dan memutuskan calon PM mereka pada minggu ini, sebagai usaha mendapatkan semula kuasa di Putrajaya.
Bekas pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong Shafie yang juga Presiden Warisan sebagai calon perdana menteri, selepas berterusan menyatakan penolakan terhadap Anwar bagi jawatan itu.
Dr Mahathir mendakwa DAP dan Amanah bersetuju dengan cadangananya, bagaimanapun kedua-dua parti itu beranggapan pertemuan yang menyebut nama Shafie sebagai tidak rasmi dan mahu perkara itu dibincangkan di peringkat parti terlebih dahulu sebelum dibawa ke mesyuarat gabungan.
PKR kekal dengan pendirian mencalonkan Anwar, dna menolak idea gabungan antara Anwar dan anak Dr Mahathir, iaitu Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai timbalan perdana menteri.