Berdepan 12 Pertuduhan Pemalsuan Dokumen Lebih RM13 Juta, CEO Revenue Group Bakal Dipenjara

KUALA LUMPUR: Bekas Pengarah Revenue Group Bhd, Brian Ng Shih Chiow dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini, atas 12 pertuduhan pemalsuan dokumen dan pesanan pembelian dengan tujuan menipu syarikat berjumlah RM13.829 juta.

Selain Brian, turut didakwa melakukan kesalahan yang sama adalah pengurus syarikat itu, Cheng Choon Choon.

Kesalahan-kesalahan yang disebut itu didakwa dilakukan di Wisma Revenue, Kepong antara 22 Mei 2020 dan 8 Ogos 2022.

Mengikut butiran kes, invois palsu dan pesanan pembelian adalah untuk Golden Infor Services, Accucom Solutions PLT, dan Omega Dynasty Sdn Bhd.

Pendakwaan atas kesemua kesalahan berkenaan dibuat mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan atas kesalahan yang didakwa dilakukan antara Mei 2020 dan Ogos 2022 di Wisma Revenue, Kepong.

Jika didapati bersalah, Brian berdepan hukuman penjara maksimum selama tujuh tahun dan boleh dedenda.

Brian minta dibicarakan bagi semua pertuduhan mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Rozina Ayob.

Hakim menetapkan ikat jamin sebanyak RM500, 000 dengan seorang penjamin, dan Brian diperintahkan melaporkan diri di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sebulan sekali.

Mahkamah menetapkan 18 Julai untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Allan Suman Pillai dan Mohd Shahrom Idris, manakala Ng diwakili Peguam Amir Hamzah Arshad dan New Sin Yew.

Pada March lalu, Brian bersama abangnya Dino Ng Shih Fang yang juga bekas pengarah dan pengasas bersama Revenue Group Bhd didakwa atas pertuduhan menyalagunakan harta milik syarikat mereka tanpa resolusi Ahli Lembaga Pengarah, lima tahun lalu.

Bagaimanapun, dua beradik itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan hakim Rozina Ayob dan minta dibicarakan.

Mereka didakwa mempunyai niat bersama untuk menipu menyebabkan pegawai CIMB Bank Bhd mendaftarkan aset syarikat itu, Toyota Vellfire, di bawah nama Dino.

BBerkaitan

Latest articles