Berbeza Agama Bukan Halangan Chong Wei Hulur Sumbangan

Bekas jaguh perseorang badminton lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei tampil memberi sumbangan kepada Masjid Al-Hidayang Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur semalam.

Sumbangan diberikan dalam bentuk wang tunai dan beberapa kelengkapan masjid.

Perkara itu dikongsikan di akaun Facebook rasmi masjid itu yang turut disertakan tiga gambar Chong Wei menghulurkan sumbangan kepada wakil masjid.

“Terima kasih Datuk Lee Chong Wei atas sumbangan wang tunai dan kelengkapan Masjid Al-Hidayah Kampung Sungai Penchala di kala suasana PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) ini.

“Terima kasih juga kepada Ustaz Khairul Anam, Pentadbiran Masjid Saidina Umar Al-Khattab dan warga kariah Bukit Damansara menjadi penghubung kepada MAHSP.

“Semoga kebaikan yang sebenar-benarnya kebaikan milik kita bersama selama-lamanya. Amin,” tulis status di Facebook MAHSP.

Status itu turut dikongsi di akaun Facebook rasmi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

BBerkaitan

Latest articles