Berbaki 5 Hari PRN, PKR Masih Belum Ada Nama Calon MB Johor

BATU PAHAT: Menang dahulu, baru bincang siapakah individu yang layak untuk diangkat sebagai Menteri Besar Johor.

Itu pendirian PKR, seperti yang dinyatakan oleh Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Saifuddin Nasution.

Parti itu memberitahu tidak tertarik untuk memilih individu tertentu bagi meletakkan mereka sebagai calon mengisi jawatan MB Johor ketika ini.

Parti itu memberi alasan bahawa buat masa kini adalah penting untuk parti lebih fokus bagi memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

“Perkara berkenaan (calon MB) akan dimuktamadkan hanya selepas memenangi pilihan raya, selain selepas perbincangan dengan parti komponen lain dalam Pakatan Harapan (PH).

“Kini kita memang masih belum ada nama untuk jawatan berkenaan, sebab itulah kita masih belum mengumumkannya pada sidang media atau kenyataan rasmi yang dikeluarkan,” katanya pada sidang media bersama calon PKR Zon Tengah di Pusat Khidmat Rakyat DUN Semerah, hari ini.

Saifuddin berkata, pihaknya hanya fokus untuk menawarkan calon yang memberikan perkhidmatan terbaik pada PRN Johor ini.

“Kita juga belajar daripada pengalaman setiap pilihan raya yang kita sertai dan berusaha memperbaiki kesilapan pada pilihan raya terdahulu.

“Saya yakin calon PKR yang bertanding pada PRN Johor kali ini, dipilih berdasarkan rekod calon berkenaan sebelum ini,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles