Beratur Panjang Di Kedai Pajak Gadai Demi Wang Tunai

Tular sejak semalam adalah reaksi masyarakat Malaysia terhadap gambar-gambar yang menunjukkan orang ramai beratur panjang di premis pajak gadai dan menunggu giliran.

Tidak hanya bertumpu di Kuala Lumpur, situasi yang sama juga turut dilaporkan di beberapa negeri lain sekaligus mengundang rasa sedih dan kasihan rakyat Malaysia terhadap mereka yang di dalam kesusahan.

Ada yang beratur lebih dari sejam demi menebus barang kemas yang digadaikan sejak beberapa bulan lalu.

Lapor Malaysiakini, sebahagian besar pelanggan kedai pajak gadai bertindak menggadaikan emas mereka untuk mendapatkan wang tunai.

Pengendali Pajaking di Cawangan Bandar Lama Petaling Jaya, Freeman Tan, rata-rata pelanggannya adalah mereka yang berpendapatan rendah dan terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan Mac lalu.

Tan memberitahu pihaknya menyediakan sejumlah wang yang besar pada hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) semalam kerana telah menjangkakan keadaan ini.

“Sepanjang tempoh PKP, ramai pelanggan menelepon dan meminta saya membuka semula kedai. Mereka sangat memerlukan wang tunai,” katanya.

PKPB yang bermula semalam bertujuan menggalakkan pembukaan semula ekonomi negara dengan membenarkan industri dan aktiviti perniagaan beroperasi secara menyeluruh.

Ia disifatkan langkah wajar untuk menstabilkan semula ekonomi negara.

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali semalam menegaskan pembukaan semula sektor ekonomi dalam fasa PKPB adalah penting dan tindakan akan diambil terhadap kerajaan negeri yang enggan mengikuti dasar kerajaan persekutuan itu.

Latest articles

Related articles

spot_img