Berang Diminta Cerai, Isteri Mati Dijerut Suami

Seorang wanita, yang merupakan pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi awam, ditemui maut di dalam kereta, selepas dijerut oleh suaminya dengan menggunakan tudung yang dipakai mangsa dalam satu kejadian di Putra Perdana, Dengkio, pada Rabu lalu.

Suami mangsa, merupakan seorang sukarelawan pertubuhan bukan kerajaan berusia 41 tahun, kini direman polis sehingga 6 Ogos ini bagi membantu siasatan.

Menurut Ketua Polis Daerah Sepang Wan Kamarul Azran Wan Yusof, suspek memandu kereta Perodua Myvi menuju ke Tasik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor di Pinggiran Cyberjaya selepas menjerut mangsa dan didapati tidak bernyawa.

Sebaik tiba di lokasi, suspek mengubah kedudukan mangsa di bahagian pemandi dan meninggalkan kenderaan itu dengan keadaan enjin kereta dihidupkan.

Lelaki berkenaan pulang ke rumah dan mengajak anak perempuannya yang berusia 14 tahun untuk mencari ibunya yang didakwa tidak pulanhg ke rumah sejak jam 4 petang pada hari yang sama, dengan menggunakan perkhidmatan e-hailing.

“Suspek mendakwa beliau bersama pemandu perkhidmatan e-hailing menemui kenderaan mangsa selepas tengah malam dan menghubungi polis setelah mendapati mangsa tidak bergerak.

“Bedah siasat yang dijalankan pada 30 Julai mendapati punca kematian ialah akibat dijerut dan suspek ditangkap di pekarangan Hospital Serdang pada 12.30 tengah hari tarikh yang sama,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Wan Kamarul berkata, hasil soal siasat, suspek mengaku membunuh isterinya kerana mangsa berkeras untuk bercerai selepas mereka mendirikan rumah tangga pada 2005 dan dikurniakan seorang anak perempuan.

“Suspek turut menunjukkan tempat barangan si mati dibuang dan mengaku merosakkan telefon milik si mati sebelum membuangnya,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi kesalahan membunuh.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,792FollowersFollow
20,800SubscribersSubscribe

Terkini