Benarkah PKR Kedah Sedang Bergolak ?

Selepas Adun Lunas dan Sidam mengumumkan meninggalkan Parti PKR dan kini menyokong Perikatan Nasional, Hari ini Seramai 100 pemimpin bahagian dan cawangan PKR Kedah pula dilaporkan meninggalkan parti.

Mereka kini menyokong Perikatan Nasional dan mendakwa diri sebahagian daripada NGO berkaitan PN, Penggerak Komuniti Negara (PKN).

Perkara itu diumumkan Adun Lunas, Azman Nasrudin, yang meninggalkan PKR bersama Adun Sidam, Robert Ling pada 12 Mei lalu. Mereka kini wakil rakyat bebas di Kedah lapor Portal FMT

Azman dalam sidang media di Pendang hari ini berkata, sekurang-kurangnya “8,000 hingga 10,000” ahli PKR dijangka meninggalkan parti itu pada minggu depan dan menyertai PKN.

Beliau dan pemimpin lain menanggalkan baju seragam PKR dan melipat bendera parti sebagai simbolik keluar parti.

Baca  : 23 ADUN KEDAH UMUM HILANG KEPERCAYAAN KE ATAS MUKHRIZ MAHATHIR

Tindakan Azman dan Ling keluar parti bersama 4 lagi Adun PPBM menyokong PN menyebabkan majoriti sokongan yang diraih Menteri Besar, Mukhriz Mahathir berkurangan dan kerajaan negeri baru pimpinan PAS dijangka ditubuhkan esok.

Kini, PN mempunyai majoriti mudah 23 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri Kedah.

Sementara itu, raptai upacara angkat sumpah menteri besar baru dilaporkan berlangsung di Wisma Darul Aman hari ini dengan sumber berkata upacara angkat sumpah perjawatan Menteri Besar itu akan diadakan esok.

BBerkaitan

Latest articles