Benarkah Lelaki Botak Lebih Berisiko Dijangkiti Covid-19?

Jangan terkejut, tetapi satu kajian yang dijalankan di Sepanyol menjumpai dapatan bahawa lelaki yang botak lebih berisiko untuk menderita Covid-19.

Seorang pakar dari pasukan kajian berkenaan, Profesor Carlos Wambier dari Brown University berkata, pihaknya menjalankan dua kajian di negara itu dan hasilnya menunjukkan sejumlah besar lelaki botak dimasukkan ke hospital keranan Covid-19.

Menerusi kajian pertama, seramai 71% daripada 41 pesakit di beberapa hospital di Sepanyol yang dijangkiti virus ini merupakan lelaki botak yang berusia dalam lingkungan 30 tahun.

Manakala kajian kedua mendapati seramai 79% daripada 122 pesakit Covid-19 yang dimasukkan ke hospital Madrid merupakan lelaki botak.

Saintis percaya peningkatakan jangkitan Covid-19 di kalangan lelaki botak berpunca dari hormon androgen iaitu hormon seks yang menyumbang kepada masalah keguguran rambut.

“Hormon lelaki ini dipercayai menjadi ‘laluan masuk’ kepada sel-sel badan kita,” ujar Profesor Wembier.

BBerkaitan

Latest articles