Benarkah Anwar Ditawar Jawatan PM, TPM Kalau Sertai PN?

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa dirinya ditawarkan dua jawatan tertinggi kerajaan, iaitu Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri jika bersetuju menyertai penubuhan Pakatan Nasional (PN).

Bercakap dalam menerusi siaran langsung di Facebooknya hari ini, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson bagaimanapun berkata menolak pelawaan berkenaan kerana ‘memegang prinsip’.

“Saya dapat jaminan kedudukan lebih baik. Kalau tak, perdana menteri, timbalan perdana menteri ada jaminan,” katanya.

“(Tetapi) Sudah umur begini dan pengalaman kecil ada, elok kita pilih jalan yang baik,” katanya.

Anwar bagaimanapun tidak mendedahkan siapakan yang memberikannya jaminan dua jawatan berkenaan.

Perebutan jawatan Perdana Menteri membabitkan Anwar dan Tun Dr Mahathir Mohamad bukan lagi rahsia semenjak Pakatan Harapan (PH) menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu.

Kononnya peralihan kuasa dari Mahathir kepada Anwar akan berlangsung dalam tempoh masa tertentu.

Namun perkara berkenaan sering menimbulkan ketegangan sesama pimpinan gabungan berkenaan sehingga akhirnya PH retak pada pertengahan Mac lalu, yang mana turut dikaitkan dengan soal perebutan kuasa perdana menteri.

Susulan situasi itu, Pakatan Nasional (PN) terbentuk hasil gabungan Umno, Bersatu, PAS, MCA, MIC dan beberapa parti lain dan diterajui oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

BBerkaitan

Latest articles