Belum Ada Tarikh Untuk Panggil Anwar

Polis mengesahkan belum memuktamadkan sebarang tarikh untuk memanggil Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memberi keterangan berhubung kes penyebaran senarai nama 121 Ahli Parlimen yang didakwa menyokong beliau untuk membentuk kerajaan baharu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata pihaknya tidak mempunyai pengesahan tarikh baharu untuk memanggil Anwar.

“Bukan esok (Anwar) dipanggil,” katanya ringkas kepada Bernama.

Terdahulu, tular di media sosial kononnya Anwar akan dipanggil ke Bukit Aman pada jam 3 petang ini untuk memberikan keterangan berhubung dakwaan sokongan terhadapnya.

Sebelum ini Anwar dilaporkan perlu ke Bukit Aman pada 13 Oktober namun dimaklumkan ia ditangguhkan ke tarikh yang baru.

Anwar juga menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah di Istana Negara pada hari yang sama bagi menyampaikan pernyataan yang beliau mempunyai majoriti di Parlimen untuk dilantik selaku perdana menteri Ke-9.

Berita Berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Advertisment

Terkini

X50 Dilancar Secara Rasmi Hari Ini, Harga Bermula RM79,200

Sekian lama ditunggu-tunggu, Proton Holdings Berhad (Proton) pada hari ini melancarkan SUV keduanya, Proton X50 yang dibangunkan bersama rakan kerjasama, Zheijiang Geely Holdings Group. Sebanyak...

Selepas Lompat Pagar Pejabat SPRM, Alvin Akhirnya Ditahan Di Pusat Peranginan

Goh Leong Yeong atau Alvin Goh, suspek utama kes pengubahan wang haram akhirnya ditemui di sebuah pusat peranginan di Pahang, dipercayai bersembunyi dari satu...

Desak Muhyiddin Letak Jawatan Hanya Untuk Puaskan Nafsu Pembangkang, Kata Bung

Pembangkang diminta bermuhasabah diri dan mendalami titah Yang di-Pertuan Agong, selain menghentikan desakan supaya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan. Timbalan Ketua Menteri...

Lebih 10,000 Pegawai, Anggota Polis Positif Covid-19, Kena Kuarantin

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin memaklumkan lebih dari 10,000 pegawai dan anggota polis dikuarantin selepas didapati positif Covid-19. Situasi ini memberi kesan kepada...

Kesemua Ahli Parlimen PAS Sokong Muhyiddin

Kesemua 18 ahli parlimen PAS menyatakan kesetiaan menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin,...