Selaras dengan kebebasan setiap warganegara untuk bebas berpersatuan seperti yang dinyatakan dalam Perkara 10(1) (C) Perlembagaan Perlembagaan, maka, buat ketika ini kerajaan berpendapat tidak akan keperluan untuk menggubal undang-undang berkenaan halangan untuk melompat parti.
Demikian reaksi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Takiyuddin Hassan menerusi jawapan bertulis sebagai menjawab soalan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh di sesi persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Ramkarpal meminta penjelasan Takiyuddin, yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu sama ada kerajaan mempunyai perancangan untuk berbuat demikian sebagai mengelakkan ketidakstabilan politik.
“Namun, sekiranya kerajaan berpandangan terdapat keperluan untuk menggubal undang-undang lompat parti ini pada masa akan datang, sudah pasti kajian terperinci akan dilakukan termasuklah dengan mengadakan perbandingan best practices (amalan terbaik) dengan negara-negara lain,” kata Takiyuddin.
Beliau dalam masa yang sama memberitahu satu kajian terperinci perlu dilakukan sekiranya wujud keperluan untuk menggubal undang-undang tersebut, memandangkan ia akan bercanggah dengan Perkara 10(1)(C) Perlembagaan Persekutuan iaitu hak membentuk persatuan dengan syarat ia tidak membabitkan soal keselamatan, ketenteraman awam atau prinsip moral.
Perbincangan itu turut melibatkan beberapa pihak lain termasuk badan bukan kerajaan dan parti-parti politik.