Belanjawan 2025: Kerajaan Peruntuk RM120 Bilion Pelaburan Awam Untuk Pembangunan, Antara Tertinggi Dalam Sejarah Negara

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan melaksanakan pelaburan awam untuk pembangunan 2025 berjumlah RM120 bilion, antara yang tertinggi dalam sejarah, menurut Perdana Menteri.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, selain peruntukan pembangunan oleh kerajaan, projek secara usaha sama awam-swasta (PFI) bernilai RM9 bilion turut dilaksanakan.

Selain itu, katanya, pelaburan langsung domestik oleh syarikat syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) bernilai RM25 bilion.

Anwar yang juga Menteri Kewangan turut memaklumkan, Pelan Induk Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) turut akan menggariskan hala tuju ampuh dalam memperkukuh hubungan strategik badan awam dan swasta.

“Tumpuan utama untuk meningkatkan pelaburan swasta sebanyak RM78 bilion dan menjana 900,000 peluang pekerjaan menjelang 2030.

“Projek pembangunan akan dilaksanakan dengan mengambil kira elemen pengguna bayar bagi meredakan bebanan fiskal kerajaan,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat, hari ini.

BBerkaitan

Latest articles