Belanjawan 2025 Fokus Kepada Rakyat dan Kelangsungan Ekonomi Negara kata Ahli Parlimen Tenom

Ahli Parlimen Tenom, Riduan Rubin, menyambut baik Belanjawan 2025 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri hari ini, bertemakan “Ekonomi MADANI, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera”. Belanjawan kali ini menumpukan kepada keperluan rakyat serta memastikan ekonomi negara kekal mampan dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM421 bilion.

Katanya Daripada jumlah tersebut, RM335 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus manakala RM86 bilion disediakan untuk pembangunan, dengan tambahan RM2 bilion sebagai simpanan luar jangka. Riduan menegaskan bahawa peningkatan 3.3% berbanding tahun sebelumnya adalah bukti bahawa ekonomi negara berada di landasan yang kukuh, disokong oleh keyakinan pelabur asing terhadap kepimpinan kerajaan MADANI yang stabil dan berwawasan.

Jelas Riduan lagi, sebagai anak jati Sabah beliau turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana Sabah menerima peruntukan pembangunan tertinggi antara negeri-negeri, sebanyak RM6.7 bilion. Selain itu, kadar Pemberian Khas untuk Sabah dan Sarawak telah dinaikkan sekali ganda kepada RM600 juta.

Beliau turut memuji keputusan kerajaan untuk menaikkan gaji minimum kepada RM1,700 sebulan, yang disifatkan sebagai langkah penting dalam meningkatkan taraf hidup rakyat, terutamanya graduan baru yang bakal memasuki pasaran kerja katanya di dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Riduan turut menggalakkan usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) di Tenom memanfaatkan inisiatif kerajaan, khususnya peruntukan RM50 juta untuk Geran Padanan Digital PMKS dan Geran Digital Penjaja di bawah Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi memastikan perniagaan mereka kekal berdaya saing dalam pasaran digital.

Beliau mengakhiri kenyataan dengan memuji komitmen Perdana Menteri dalam aspek tatakelola dan usaha mengurangkan hutang negara melalui langkah-langkah penjimatan, yang dianggap sebagai asas penting bagi memastikan ekonomi negara terus berkembang.

“Menuju Pembaharuan Demi Kemajuan,” katanya, merujuk kepada visi kerajaan untuk membawa negara ke arah yang lebih baik katanya

BBerkaitan

Latest articles