Belanjawan 2024: PM Umum Akaun Fleksibel KWSP Boleh Diakses Bila-bila Masa

KUALA LUMPUR: Menerusi penbentangan Belanjawan 2024 semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa akaun ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan distrukturkan semula untuk memperkasa simpanan persaraan mereka.

“Akaun ahli KWSP akan distrukturkan semula untuk memperkasa simpanan persaraan.

“Akaun Fleksibel KWSP akan diperkenalkan sebagai akaun baharu yang boleh diakses ahli pada bila-bila masa,” ujarnya.

Untuk rekod pada Julai lalu, KWSP pernah menyuarakan cadangan untuk memperkenalkan Akaun 3 yang membolehkan pengeluaran simpanan dibuat pada bila-bila masa.

Dalam laporan berkenaan, Ketua Pegawai Strategi KWSP, Nurhisham Hussein berkata Akaun 3 yang dicadangkan itu akan berfungsi seperti akaun simpanan dan ahli boleh mengeluarkan simpanan mereka pada bila-bila masa.

Mengenai kadar simpanan yang diperuntukkan bagi Akaun 3, dia berkata ia mungkin membabitkan antara lima hingga 10 peratus.

Dengan adanya Akaun 3 yang fleksibel, peratusan caruman bagi Akaun 1 juga akan dinaikkan.

Malah, ahli juga akan mempunyai opsyen untuk memindahkan dana simpanan daripada Akaun 3 ke Akaun 1 dan Akaun 2.

BBerkaitan

Latest articles