Belanjawan 2024 Dibentang Petang Ini

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan akan membentangkan Belanjawan 2024 di Parlimen jam 4 petang ini.

Ia merupakan belanjawan kedua Anwar, yang juga Perdana Menteri sejak penubuhan Kerajaan Perpaduan.

Belanjawan 2024 dijangka menyediakan peruntukan lebih besar berbanding RM388.1 bilion yang dibentangkan pada Oktober lalu.

Siaran langsung pembentangan Belanjawan 2024 boleh disaksikan menerusi RTM.

BBerkaitan

Latest articles