Belanjawan 2023: Puteri Sebagai Perisai Wanita Muda Perkasa Ekonomi Menerusi Inisiatif TVET

Antara perkara yang menjadi fokus utama SOLUSI 4S (Simetri, Struktur, Sinergi, Stabil) adalah memperkasakan ekonomi wanita muda agar lebih fleksibel, relevan serta efisyen dalam menghadapi landskap ekonomi dinamik menerusi inisiatif Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Pembangunan TVET ini simetri berdasarkan pembentangan Belanjawan 2023 apabila kerajaan menggariskan pelbagai inisiatif dan insentif dalam merealisasikan pembangunan ekonomi rakyat.

Inisiatif TVET merangkumi persediaan awal peralihan daripada dunia pembelajaran kepada industri. Pendedahan awal sebegini mampu meningkatkan pengetahuan praktikal dan menjadi aset berharga kepada kebolehpasaran wanita muda yang mengikuti TVET. Pendekatan transformasi jantina yang inovatif termasuk membangunkan kemahiran keusahawanan dan meningkatkan penyertaan wanita dalam dunia pekerjaan seharusnya dipupuk.

Sebanyak 20.6 peratus atau 186,855 daripada jumlah keseluruhan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) merupakan perniagaan pemilikan wanita di negara ini yang menyumbang kepada RM69.1 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) serta membuka hampir 800,000 peluang pekerjaan. Manakala mengikut rekod dari sudut teknikal, pada tahun 2021, penyertaan kaum wanita dalam bidang profesional dan teknikal adalah 41.5 peratus berbanding 58.5 peratus kaum lelaki.

Antara cabaran dan konteks utama membelenggu penyertaan golongan wanita muda mengikuti TVET adalah termasuk mitos sosiobudaya menceburi bidang kerjaya yang didominasikan oleh lelaki. Perspektif sebegini seharusnya diubah agar lebih ramai wanita muda tampil ke depan menyerlahkan potensi diri.

Saya mencadangkan agar pihak berkepentingan seperti kerajaan dan swasta menitikberatkan sensitiviti jantina dalam pembangunan inisiatif TVET dengan menyediakan (1) Infrastruktur pembelajaran sensitif jantina di institusi-institusi TVET, (2) Merekabentuk dan melaksanakan dasar tindakan afirmatif nasional untuk penyertaan wanita muda dalam bidang pekerjaan yang didominasikan oleh lelaki, (3) Menjalankan penyelidikan mengenai strategi khusus bagi menarik minat wanita muda menyertai TVET dengan menyalurkan sebahagian daripada perbelanjaan TVET khusus kepada golongan ini, dan (4) Menambah bilangan pengajar TVET professional wanita muda untuk mengajar dalam disiplin kemahiran yang didominasi oleh golongan lelaki.

Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab kepada organisasi PUTERI bertindak secara progresif menjadi ‘bridge’ penyaluran informasi serta peluang terbuka bagi meningkatkan kapasiti permintaan pasaran buruh, terutamanya terhadap pengambilan wanita muda berkemahiran tinggi dalam pelbagai sektor ekonomi.

Kombinasi dua elemen 4S iaitu SINERGI dan STABIL memainkan peranan utama bagi menjayakan usaha ini. Menerusi penubuhan *sistem implementasi*, organisasi Pergerakan Puteri UMNO yang mempunyai lebih 300 ribu ahli seharusnya menjadi titik permulaan dalam mengenalpasti golongan wanita muda berpotensi di peringkat cawangan, bahagian dan kemudiannya diangkat ke peringkat pusat untuk diserap ke dalam institusi TVET. Strategi dan perancangan ini boleh diukur dan dicapai, bukannya retorik!

Puteri, Bersama We Rise!!!

#PuteriUMNO
#bersamawerise
#reengeeneringputeri
#PemilihanUMNO2023
#UMNO
#SolusiAwin

NURUL HAZWANI HASLAN
Calon Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia 2023/2026

BBerkaitan

Latest articles