Bekas Pengetua Madrasah Dipenjara 7 Tahun, 24 Sebatan Kerana Cabul 6 Pelajar

MUAR: Seorang bekas pengetua madrasah dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan 24 sebatan rotan selepas mengaku bersalah atas 16 pertuduhan amang seksual fizikal terhadap enam pelajar lelaki, tiga tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen Muar, Sayani Nor, menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Abdul Hadi Harun, 37, selepas prosiding perbicaraan semalam.

Mengikut pertuduhan, Abdul Hadi melakukan perbuatan itu terhadap enam pelajar lelaki berusia antara 12 hingga 13 tahun ketika kejadian.

Serangan seksual berkenaan berlaku di tandas madrasah serta bilik air sebuah rumah di Batu Pahat, Johor antara Mei hingga 29 Jun 2022, pada waktu pagi dan malam.

Abdul Hadi dituduh di bawah Seksyen 14(a), (b) dan (d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, dibaca bersama Seksyen 16 akta sama.

Yang mana Seksyen 14 memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan dan Seksyen 16 pula membawa hukuman penjara sehingga lima tahun serta sekurang-kurangnya dua sebatan.

Sehubungan itu mahkamah memutuskan lima tahun penjara bagi setiap pertuduhan bawah Seksyen 14 dan tambahan dua tahun penjara serta dua sebatan untuk kesalahan bawah Seksyen 16.

Bagaimanapun, semua hukuman diperintahkan berjalan serentak, menjadikan Abdul Hadi hanya perlu menjalani tujuh tahun penjara dan 24 sebatan rotan, iaitu had maksimum yang dibenarkan Seksyen 288 Kanun Tatacara Jenayah.

Mahkamah turut diberitahu bahawa pihak pengurusan madrasah membuat laporan polis pada 30 Jun 2022.

Abdul Hadi ditahan pada malam hari sama, kira-kira jam 9.45 malam, dan siasatan mendapati dia juga mengugut mangsa supaya tidak mendedahkan perbuatannya kepada sesiapa.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Diyana Najihah Fauzi, manakala tertuduh diwakili peguam Razak Shariff.

BBerkaitan

Latest articles