Bekas pekerja kilang Perwaja Steel dibayar pampasan

KUALA LUMPUR: Semua 709 bekas pekerja kilang Perwaja Steel Sdn Bhd akan mendapat pampasan selepas ditamatkan perkhidmatan pada November 2014, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata kes yang dibicarakan lebih tujuh tahun itu akhirnya berupaya diselesaikan dengan pemberian pampasan secara keseluruhan sebanyak RM8.645 juta.

“Di Kemaman hari ini bagi menyampaikan pampasan kepada bekas pekerja Perwaja Steel Sdn Bhd.

“Penerima pampasan akan memperoleh cek berjumlah di antara RM3,000 hingga RM21,000,” katanya menerusi kenyataan di Twitter, hari ini.

BBerkaitan

Latest articles