Home BERITA Bekas Musuh Jadi PM, Kalah PRU15 Jadi Punca Tun M Kemurungan Politik

Bekas Musuh Jadi PM, Kalah PRU15 Jadi Punca Tun M Kemurungan Politik

KUALA LUMPUR: Hidup bekas Perdana Menteri sebanyak dua kali Tun Dr. Mahathir Mohamad kini didakwa tidak lagi tenang selepas musuh politik yang pernah dipenjarakannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi juga mendakwa Dr Mahathir sedang mengalami fasa kemurungan politik selepas beliau kalah teruk dalam keadaan yang paling hina dalam Pilihan Raya Umum ke-15, November lalu.

Malah kemurungan Dr Mahathir juga bertambah apabila Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang didakwa di mahkamah ketika pentadbiran beliau selama 22 bulan telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

“Kini tidurnya terganggu kerana Anwar yang pernah dipecat, dipenjara dan jadi PM tepi kini jadi Perdana Menteri ke-10. Zahid yang didakwa dengan puluhan pertuduhan kini jadi TPM dan kekal Presiden UMNO.

“Sudah tentu duka laranya meningkat kerana Najib yang dia penjarakan tidak murung, kekal disanjung dan boleh menjadi kawan politik yang dipercayai bila bebas nanti.

“Mahathir pula walaupun hidup bebas, tetapi terpenjara dengan kemurungan. Status dia adalah “negarawan” semakin pudar,” kata Mohd Puad.

Menurut Mohd Puad, Mahathir juga murung kerana pelawaannya kepada beberapa pihak untuk menjadi rakan kongsi politik tidak lagi disahut.

Reaksi pemimpin UMNO itu dibuat selepas Dr Mahathir mengkritik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam hantaran terkini di media sosial hari ini, Dr Mahathir mendakwa kejayaan terbesar Najib ialah meruntuh akhlak orang Melayu.

Beliau juga mendakwa pengikut setia Najib tidak berasa malu apabila mereka curi duit atau mendapat duit yang ‘dicuri’ oleh beliau, selain menuduh Najib telah mengajar orang Melayu untuk meminta duit percuma.

Ujar Mohd Puad, bekas Ahli Parlimen Langkawi itu sebenarnya adalah pencetus kepada kerosakan kestabilan dalam negara dan orang ramai digesa tidak lagi mempercayai apa yang dikatakannya.

“Tun M kini kemurungan meninggalkan politik. Dia jatuh politik dengan penuh kehinaan. Dia hilang deposit. Dia hilang penyokong die hard. Parti Pejuang sedang menghampiri kematian.

“Legasinya tidak lagi dihormati. Legasi barunya ialah Perdana Menteri yang kuat mencampuri urusan mahkamah, pengamal pendakwaan politik dan pengamal KKN tegar.

“KKN ialah korupsi, kolusi dan nepotisme. Tun Daim adalah contoh kroni utamanya,” kata Mohd Puad di media sosial.

NO COMMENTS

Exit mobile version