Bekas MPP Pertikai Agenda NGO C4 Di Malaysia

Tular satu tulisan daripada bekas Majlis Perwakilan Pelajar dari sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA) berkenaan agenda sembunyi pertubuhan bukan kerajaan iaitu C4 yang mendapat dana sing sebagai cubaan menjatuhkan kerajaan.

The Rakyat Insight siarkan penulisan penuh bekas MPP berkenaan seperti di bawah;

“Dalam satu pautan di laman web NGO C4 yang diketuai oleh Cyhntia Gabriel telah memaparkan mereka mendapat dana asing dari Open Society Founfation, OSF dan National Endowment for Democracy, NED.

Ketika saya hadiri kursus Biro Tatanegara pada sekitar tahun 2007, saya ada mendengar tentang penajaan dana asing ini daripada abang penceramah BTN ketika kursus itu.

Malah lebih menakutkan saya bila abang itu menceritakan satu persatu rangkaian NGO yang berpangkalan di kampus juga terjebak sama dengan dana asing itu.

Malah, saya terbaca tulisan lebih teliti dari seorang penulis bernama Fazura Bakri dalam Akhbar Mahasiswa yang menyatakan NED dan OSF ini adalah operatif asing yang digerakkan di seluruh dunia.

Dalam artikel itu diceritakan bagaimana Nicolas Madura digunakan sebagai operatif untuk gulingkan kerajaan di Amerika Selatan dan bagaimana operasi Kapten John Lee Levitow menggunakan dana USAID membuat operasi di Vietnam.

USAID ini adalah agensi yang menaungi NED yang diwujudkan ketika zaman Ronald Reagan lagi. Sewaktu Anwar Ibrahim bebas dari penjara pada sekitar tahun 2004, beliau segera ulang alik keluar negara bertemu Wolfowitz dan mendapatkan dana asing daripada Friedrich Naumann Stiftung, FNS dan Kondrad Adenuer Foundation, KAF di Jerman.

Ketika peristiwa 16 September 2008, sewaktu Anwar Ibrahim mendakwa beliau ada numbers untuk menjadi PM, Carl Gershman, Chairman NED telah datang ke Malaysia sebelum itu. Ada seorang ahli parlimen mendedahkan beliau ditawarkan habuan yang banyak hingga boleh senang untuk tujuh keturunan, namun dia menolak dana asing itu untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia ini.

Saya menjadi amat takut bila saya diberitahu dana asing ini terutama daripada NED digunakan untuk jatuhkan kerajaan di seluruh dunia. Malah, OSF yang dipunyai oleh George Soros, membuat revolusi melalui Colour Revolutin di merata tempat di dunia.

Berbalik pada C4, jelas dalam paparan laman web mereka itu dicatatkan mereka mendapat dana sejumlah RM447,500 daripada yayasan yang dipunyai George Soros pada tahun 2019 dan 2020.

C4 yang berselindung di sebalik nama sebuah syarikat dan bukannya NGO sebenar di Malaysia juga mendapat dana daripada NED sejumlah RM261,870 pada tahun 2019.

Banyaknya dana asing yang C4 dapat. Apa tujuan mereka mengambil dana asing? Apakah ada perjanjian tertentu dengan pemberi dana?

Bila C4 membuat tuduhan tidak betul dan bersifat fitnah terhadap YB Menteri Kesihatan, Dato’ Sri Dr Adham Baba, jelas sekali menampakkan C4 ini ada agenda lain. Lebih-lebih lagi bila terkeluar senarai 39 NGO yang menyokong C4 ini.

Saya tiba-tiba teringat slaid Politik Kampus dan Ancaman Keselamatan yang saya dengar di BTN dulu. Ternyata apa yang abang penceramah itu ceritakan benar benar terjadi. Patutlah abang itu begitu yakin dengan faktanya. Siap hafal nama seorang demi seorang yang bersangkut paut dengan dana ini.

Nama-nama pertubuhan haram kampus seperti yang ada dalam 39 NGO itu saya pernah dengar ketika abang BTN itu ceramah. Selepas apa yang terjadi pada negara ini selama 22 bulan lepas, apa yang saya dengar di BTN dulu benar-benar berlaku.

Setiap kali saya dengar lagu Anak Kecil Main Api, meremang bulu roma saya sewaktu Malaysia ini ditadbir oleh PH. Abang BTN tu cakap “jangan benarkan Malaysia ini jatuh ke tangan DAP, sekali mereka dapat kuasa, padah jadinya”.

Ayat itu masih teriang iang di telinga saya. Betul, saya tak akan benarkan Malaysia ini dikuasai oleh pihak asing. Bila saya lihat reaksi putar belit C4 bila kena letter of demand sejumlah RM30 juta, saya tahu siapa yang berada di pihak yang benar sebenarnya.

Berhati-hatilah dengan syarikat yang berselindung atas nama NGO seperti C4 ini, mereka ada agenda asing. Lebih-lebih lagi bila mereka mengakui di laman web mereka tentang tajaan asing itu.”

Tulisan :
Bekas Majlis Perwakilan Pelajar
Salah Sebuah IPTA
Tahun 2008

BBerkaitan

Latest articles