KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman mahu seorang bekas menteri bergelar Tan Sri segera membayar tunggakan hutang yang dikatakan berjumlah puluhan juta yang dipinjam kepadanya.
Dalam satu hantaran di media sosial, Aliff mendakwa, beliau sudah menghubungi Tan Sri berkenaan tapi panggilan tidak diangkat.
Begitu juga dengan WhatsApp darinya tidak berbalas apabila diajukan hal hutang berkenaan.
Aliff kesal memandangkan ketika bekas menteri itu hendak meminta bantuan, Tan Sri berkenaan terhegeh-hegeh hendak berjumpa dengannya.
Aliff turut berkongsi gambar Tan Sri berkenaan.
“Siapa kenal tan sri ni??minta dia suruh bayar duit sy yg berpuluh jutaa itu.. dia mesti kaya sbb bekas menteri..sy tak nak cerita perkara sebenar.. nanti malu satu family tan sri keturunan tan sri😤jadi saya sabar sabarrr sahaja.. org langkawi mesti kenal dia hartawan 1 malysia🥵🥵 saya minta tolonglah kalau posting ni dilihat oleh anak dia , ke saudara dia ke tan sri ni dah tua janganlah buat saya macam ni menzalimi saya…sila hubungi sy ..sy merayu kesian lah sy dan anak bini sy yg dizalami..,” katanya.
Aliff turut mengundang siapa yang kenal dan pernah ‘terkena’ dengan Tan Sri tersebut untuk komen.
Hantaran itu mendapat lebih 10,000 tanda suka.